Tentulah Jag... kenapa ye ?
Ye betul tu... kerana jag dapat mengisi 5 biji cawan sedangkan botol hanya
dapat mengisi 4 biji cawan sahaja.
Jadi untuk menentukan bekas yang mana mempunyai isipadu lebih, kita boleh ukur menggunakan unit bukan piawai iaitu dengan menuangkan air tersebut ke dalam beberapa cawan/ bekas kecil yang sama dan bandingkan. Lebih banyak cawan digunakan bermakna lebih banyaklah isipadu air pada bekas tersebut.
Cuba jawab soalan di bawah ini .
1. Yang manakah mempunyai isipadu air yang lebih banyak ?
Botol A atau botol B ?