Seringkali murid-murid menganggap bekas yang kurus tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding bekas yang besar pendek. Namun benarkah tanggapan itu ? Bagaimana hendak memperbetulkan persepsi itu ? Emmmm... Mudah sahaja... Ukur isipadu air kedua-duanya di dalam bekas yang sama dan lihat aras kedua-duanya...
Perhatikan video di bawah ini... Teliti baik-baik...
Ok... sekarang didapati kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama. Pada awalnya bekas hijau yang tinggi itu kelihatan mempunyai isipadu lebih daripada bekas biru yang pendek itu.. Namun setelah diukur kelihatan kedua-duanya mempunyai isipadu yang sama. Kesimpulannya, jangan lihat pada bentuk bekasnya sahaja tetapi ukur dahulu untuk menentukan isipadunya. Barulah boleh diputuskan mana yang lebih dan mana yang kurang.
No comments:
Post a Comment