Selamat Datang

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Banyak rasanya kekurangan yang ada di blog ini. Komen dan teguran dari anda semua amat saya hargai.

Aktiviti P&P untuk Murid (1)

Sasaran  :  Murid Lemah

Objektif : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti

Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, tiga mangkuk yang sama saiz, 3 cawan yang sama saiz, 1 jag minuman

Langkah – langkah :-

1. Pegang ketiga-tiga gelas
2. Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas itu.
3. Guru memperkenalkan istilah “ kosong” pada gelas yang tidak
diisi air (“empty”).
4. Guru mengisi gelas kedua dengan air setakat “separuh penuh” dan
mengenalkan istilah “separuh penuh ” atau “half full”.
5. Bagi gelas ketiga, guru mengisinya penuh dan mengenalkan
istilah “penuh” atau “full”.
6. Murid kemudian diminta mengisi mangkuk dan cawan pula mengikut
istilah yang guru berikan.
7. Murid diminta menyusun bekas tersebut mengikut turutan dari
kosong ke penuh.