Selamat Datang

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Banyak rasanya kekurangan yang ada di blog ini. Komen dan teguran dari anda semua amat saya hargai.

Aktiviti P&P Untuk Murid (2)

Sasaran  :  Murid cerdas

Objektif : Menganggarkan kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai dan unit piawai.

Bahan-bahan : Pelbagai bekas kecil yang berlainan saiz, sebuah baldi besar.

Langkah-langkah :-

a) Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Galakkan mereka bekerja secara koperatif.

b) Beri satu set bekas berlainan saiz dan sebuah baldi besar kepada setiap kumpulan .

c) Minta murid menganggarkan jumlah air botol yang diperlukan untuk mengisi baldi besar tersebut. Lantik jurutulis bagi setiap kumpulan.

d) Setelah menganggar, minta murid mengisi air ke dalam botol dan bandingkan anggaran dengan jumlah sebenar.

e) Minta murid menganggar dan mengisi air menggunakan bekas lain pula.

f) Rekodkan hasil dapatan mereka di dalam jadual yang guru sediakan .

                                                           Anggaran                   Sebenar

  •   Botol mineral                          ________                  _______
  •   Tin   susu                                 ________                  _______
  •   Cawan                                   ________                  _______
  •   Gelas                                        ________                 _______
g)  Minta murid  mengisi dapatan tadi  ke dalam pernyataan dibawah :
  •   __________________   botol air memenuhi baldi besar tersebut.
  • ___________________  gelas air memenuhi baldi besar tersebut.
  • ___________________  cawan air memenuhi baldi besar tersebut.
  • ___________________  tin air memenuhi baldi besar tersebut.
h) Minta murid menyusun kapasiti tersebut mengikut turutan menaik.

i)     Akhir sekali, minta murid menggunakan silinder penyukat pula untuk menyukat menggunakan unit piawai. iaitu liter.