Selamat Datang

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Banyak rasanya kekurangan yang ada di blog ini. Komen dan teguran dari anda semua amat saya hargai.

Friday, November 26, 2010

PENDAHULUAN

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti yang ada dalam sesuatu bekas.    Untuk Tahun 2, kapasiti ini diukur dengan unit liter  di dalam sistem metrik.  

Selain itu, murid juga  dapat tahu konsep kosong, separuh penuh dan penuh berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan.  Mereka juga dapat membanding  kapasiti  cecair yang ada dalam dua bekas yang berlainan dan boleh menyatakan bekas yang mana lebih isipadunya dan sebaliknya. 

Unit-unit bukan piawai   seperti  gelas, cawan, mangkuk perlu dikenalkan awal kerana selain ia mudah diperolehi , ia juga berada di sekeliling  dan berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.

Thursday, November 25, 2010

CARA MENGUKUR ISIPADU CECAIR DENGAN BETUL

Bagaimana ye hendak mengukur isipadu cecair dengan betul ? Ye... gunakanlah silinder penyukat...

Tuangkan air ke dalam silinder penyukat dan bacalah bacaan secara betul. Dalam video di bawah ini ditunjukkan cara membaca isipadu cecair dengan tepat.. Perhatikan air pada kedudukan menegak dan baca pada bahagian air melengkung yang bawah. Ini dinamakan meniskus..

Perhatikan betul-betul ye..




Wednesday, November 24, 2010

SALAHFAHAM DALAM MENGUKUR ISIPADU

Seringkali murid-murid menganggap bekas yang kurus tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding bekas yang besar pendek. Namun benarkah tanggapan itu ? Bagaimana hendak memperbetulkan persepsi itu ? Emmmm... Mudah sahaja... Ukur isipadu air kedua-duanya di dalam bekas yang sama dan lihat aras kedua-duanya...

Perhatikan video di bawah ini... Teliti baik-baik...



Ok... sekarang didapati kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama. Pada awalnya bekas hijau yang tinggi itu kelihatan mempunyai isipadu lebih daripada bekas biru yang pendek itu.. Namun setelah diukur kelihatan kedua-duanya mempunyai isipadu yang sama.  Kesimpulannya, jangan lihat pada bentuk bekasnya sahaja  tetapi ukur dahulu untuk menentukan isipadunya.  Barulah boleh diputuskan mana yang lebih dan mana yang kurang.

Tuesday, November 23, 2010

KESIMPULAN

Dalam aktiviti mengukur isipadu cecair, kanak-kanak dapat mengetahui apa
 yang mereka sukat.  Ianya kelihatan mudah, namun  apabila ia melibatkan
 aras yang lebih tinggi seperti membandingkan antara dua isipadu, kadangkala
 ianya menimbulkan kesukaran pada ssesetengah kanak-kanak.  

Terdapat juga salah persepsi terhadap bekas dan isipadu itu sendiri.  Bekas
yang panjang dan tinggi seringkali dianggap mempunyai isipadu lebih banyak
berbanding bekas besar dan pendek.  Justeru cara terbaik ialah menggunakan
 perbandingan secara langsung. 

Semoga selepas aktiviti yang mereka jalankan dapat mengubah salah
persepsi itu  di masa akan datang.