Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti yang ada dalam sesuatu bekas. Untuk Tahun 2, kapasiti ini diukur dengan unit liter di dalam sistem metrik.
Selain itu, murid juga dapat tahu konsep kosong, separuh penuh dan penuh berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan. Mereka juga dapat membanding kapasiti cecair yang ada dalam dua bekas yang berlainan dan boleh menyatakan bekas yang mana lebih isipadunya dan sebaliknya.
Unit-unit bukan piawai seperti gelas, cawan, mangkuk perlu dikenalkan awal kerana selain ia mudah diperolehi , ia juga berada di sekeliling dan berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Selamat Datang
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Banyak rasanya kekurangan yang ada di blog ini. Komen dan teguran dari anda semua amat saya hargai.
Friday, November 26, 2010
Thursday, November 25, 2010
CARA MENGUKUR ISIPADU CECAIR DENGAN BETUL
Bagaimana ye hendak mengukur isipadu cecair dengan betul ? Ye... gunakanlah silinder penyukat...
Tuangkan air ke dalam silinder penyukat dan bacalah bacaan secara betul. Dalam video di bawah ini ditunjukkan cara membaca isipadu cecair dengan tepat.. Perhatikan air pada kedudukan menegak dan baca pada bahagian air melengkung yang bawah. Ini dinamakan meniskus..
Perhatikan betul-betul ye..

Wednesday, November 24, 2010
SALAHFAHAM DALAM MENGUKUR ISIPADU
Seringkali murid-murid menganggap bekas yang kurus tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding bekas yang besar pendek. Namun benarkah tanggapan itu ? Bagaimana hendak memperbetulkan persepsi itu ? Emmmm... Mudah sahaja... Ukur isipadu air kedua-duanya di dalam bekas yang sama dan lihat aras kedua-duanya...
Perhatikan video di bawah ini... Teliti baik-baik...
Ok... sekarang didapati kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama. Pada awalnya bekas hijau yang tinggi itu kelihatan mempunyai isipadu lebih daripada bekas biru yang pendek itu.. Namun setelah diukur kelihatan kedua-duanya mempunyai isipadu yang sama. Kesimpulannya, jangan lihat pada bentuk bekasnya sahaja tetapi ukur dahulu untuk menentukan isipadunya. Barulah boleh diputuskan mana yang lebih dan mana yang kurang.

Tuesday, November 23, 2010
KESIMPULAN
Dalam aktiviti mengukur isipadu cecair, kanak-kanak dapat mengetahui apa
yang mereka sukat. Ianya kelihatan mudah, namun apabila ia melibatkan
aras yang lebih tinggi seperti membandingkan antara dua isipadu, kadangkala
ianya menimbulkan kesukaran pada ssesetengah kanak-kanak.
Terdapat juga salah persepsi terhadap bekas dan isipadu itu sendiri. Bekas
yang panjang dan tinggi seringkali dianggap mempunyai isipadu lebih banyak
berbanding bekas besar dan pendek. Justeru cara terbaik ialah menggunakan
perbandingan secara langsung.
Semoga selepas aktiviti yang mereka jalankan dapat mengubah salah
persepsi itu di masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)